Forever Young

Hukum Sebenar Bercouple !
Wednesday, January 11, 2012 ? 2 Atashinchi ?


Hai. Ini adalah sambungan dari entri Couple Itu Haram? dan Kalau Couple itu Haram, Kenapa Bertunang Tak Haram? Dalam entri-entri yang aku tulis ni, bertunang yang aku maksudkan adalah bertunang cara zaman sekarang which is bukan lelaki dan perempuan di perkenalkan oleh ibubapa seperti zaman dulu-dulu.

Sebab, kalau nak di ikutkan, bertunang zaman dulu (Umat zaman dulu bertunang) adalah bila seseorang diperkenalkan dan akan bertunang sebagai proses mengenal antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan zaman sekarang (Umat zaman sekarang) which is zaman sekarang, korang bercouple, then bertunang then baru kahwin di mana bertunang dan bercouple tak ada beza pun (kalau ikut cara bertunang zaman sekarang).

Style bertunang zaman dulu-dulu, aku rasa dah tak wujud dah zaman sekarang. Kalau ada tu, ianya adalah bawah dari 5% (di Malaysia)

Dan, apa yang aku nak cakap pasal entri sebelum ni adalah betul ke couple tu haram? Ya, aku bukan nak bercakap pasal bertunang sebab isu bertunang (cara asli) dah dinyatakan dalam hadis dan etc.

Its all about couple. Ramai yang kata couple tu haram berdasarkan sebab-sebab seperti pegang tangan, keluar berdua-duaan dan sebagainya. Dan, secara tak langsung, itu membuatkan segala couple-couple adalah haram dengan serta merta. Well, adakah ianya benar?

Well, ramai orang kata yang couple tidak dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Tapi adakah bila sesuatu perkata tidak dinyatakan dalam Hadis dan Quran, ianya adalah haram dengan serta merta?

Couple ni umpama nasi. Adakah nasi itu haram? Tak. Nasi tak haram. Tapi, jika dalam nasi tu, aku campurkan dengan sedikit lemak babi. Adakah ianya haram? Ya. Dengan itu, adakah anda membuat conclusion dengan berkata setiap nasi adalah haram? Tak. Nasi atau makanan adalah haram bila ia dicampurkan dengan makanan haram. Begitu jugalah dengan couple. Ianya benda yang tak ada apa-apa pun. Dan ianya menjadi haram jika perilaku orangnya yang membuat benda-benda haram.

Sama seperti berkawan. Ingat tak dulu ada beberapa kes yang seorang pelajar perpuan sekolah menengah yang kantoi buat seks dengan kawan dia. Adakah itu menjadikan berkawan itu haram?


Orang berkata, "Kalau mula-mula couple, lambat laun mesti nak pegang-pegang kan?"
"Lambat laun, mesti kau akan keluar berdua kan. Dan etc.

Tapi, aku bukan nak kata atau apa. Aku selalu keluar dengan girls yang.... urm.. kawan. Kadang-kadang, dengan yang kenal di internet. Dan kadang-kadang yang kenal dari blog dan kadang-kadang yang kenal sejak sekolah rendah. But, aku tak pernah keluar berdua. Even bercouple pun, aku tak pernah pegang tangan. Tak pernah fikir nak buat seks-seks dan sebagainya. Aku geli bila perempuan buat suara manja sebab ia menampakkan gedik. So, apa yang menjadikannya couple itu haram?

Bercouple dan bertunang (style zaman sekarang) adalah tidak haram. Yang harammnya, apa yang anda buat ketika couple dan dan bertunang. Bercouple dan apa yang anda buat ketika bercouple adalah dua benda berbeza. So, try faham kan. Zaman nabi, orang bertunang sebab nak mengenali. Tapi zaman sekarang, orang bertunang sebab nak bagi mudah berdua-duaan.

[Tambahan] Perihal Zina Hati. Ramai yang berkata merindui dan mengingati seseorang adalah termasuk dalam zina which is zina hati. Tetapi, ianya salah. Zina hati bermaksud bila anda meninginkan seseorang dari sudut nafsu berahi. Info penuh dari sini (Leokid + SaifuIslam). Bak kata penulis tu, Islam tak semudah itu nak menghukum seseorang yang merindui dan mengingati pasangannya.

And lastly, sumber yang paling kukuh pasal isu halal haram couple, aku ambil dari IslamGrid which is hak milik penuh JAKIM dan beberapa agensi lain.
Soalan : Salam, saya mendapat email penuh dari rakan menceritakan tentang hukum bercinta / couple. Soalannya, adakah benar bercinta itu haram? Bukan kah perasaan ingin disayangi dan dikasihi itu suatu fitrah bagi manusia sendiri? Saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah saya menjelaskan kepada saudara-saudara seislam kita yang lain.

Jawapan : Harus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat. Di larang bergaul secara bebeas antara lelaki dan perempuan kecuali jika di temani mahramnya dan menutup aurat serta menjada bahasa ketika berkominukasi di antara lelaki dan perempuan. Salah satu golongan yang mendapat perlindungan dari Allah SWT di akhirat adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut ;
  1. Mencintai seseorang iklas kerana Allah tanpa kepentingan apa-apa. 
  2. Menyintai seseorang tidak menagtasi Allah, Rasul dan kedua Ibubapanya. 
  3. Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

 Atau korang boleh lihat semuanya di gambar di bawah.

Aku dah tahu pasal hukum ni sebelum aku tulis entri sebelum ni lagi. Tapi, aku rasa best juga kalau aku boleh bermanja-manja dengan anda semua. Dan, nak tak nak, aku perlu tulis isu ni secara berperingkat-peringkat. Sebab itu lah dalam hari ni, ada 3 entries sekali gus. Aku nak korang faham apa yang aku nak sampaikan. Setakat ini, tak ada fatwa yang mengatakan bercouple dan bertunang dengan cara zaman sekarang adalah haram. Apa yang jelas haram adalah apa yang anda buat ketika couple dan bertunang sebab hanya nikah adalah ikatan yang sah secara mutlak.

Video Ustaz Jamnul Azhar Bercakap tentang cara dia bercinta.

Aku pernah pergi satu forum cinta dan hubungan yang Islamic. Dan, ketika soal jawab, ada student bertanya kepada ustazah tentang perihal couple. And the real things is, ustazah memberitahu yang dia bercouple lebih kurang setahun dengan seorang lecturer (Ustaz juga kalau tak silap aku), tetapi dia tak pernah keluar berdua dan buat benda budak-budak ni. Dia berkata "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotonya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang.". Begitu juga dengan bercinta. Ianya adalah benda bersih. So, jangan kotorkannya dengan perbuatan korang yang gedik-gedik, pegang tangan dan benda-benda pelik.

Have a nice day. ;)


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction