Forever Young

♥ 6 Cabaran Ada Pakwe Kacak ♥
Wednesday, November 2, 2011 ? 0 Atashinchi ?
1. Pakwe Jadi Rebutan
walaupun dia pakwe anda, tapi tak bermakna anda dah selamat. bak kata org, yg kahwin pun boleh bercerai, inikan pulak baru ada title pakwe-makwe. daring betul... bila berjalan sebelah2 pun ada lagi mata yg berani pandang. yg tak bestnya, ada jugak yg berani main mata depan
anda walaupun dan sah2 anda teman istimewanya. ish, naik angin jadiknya!
2. Pakwe Pasang 'Spare-Tyre'
ni yg paling menakutkan... mmg dia sayang kat kita sepenuh hati tapi dlm diam dia tetap keluar dgn perempuan lain. hati sapa tak panas? bila kita meradang, dia kata kawan biasa la, kita ni terlalu cemburu la... kononnya tak adil bagi dia kalau dah jadi pakwe kita, dia dah tak boleh berkawan dgn org lain. nak tak nak, kena la bersabar...

3. Godaan Member Sendiri
ingat ni... jgn senang sgt percaya walaupun best-friend sendiri. jgn tak percaya kalau ada di kalangan kawan rapat kita sendiri menaruh hati pada pakwe kita. jadi jgn bagi ruang utk mereka membuat langkah pertama spt, ceritakan setiap masalah kepada mereka ni. silap haribulan dia cucuk jarum dlm diam, ye la..dia tau apa yg pakwe kita suka, tak suka... bila ada peluang, mereka pulak nanti yg cuba menggoda
pakwe kita dgn membuktikan bahawa mereka lebih tepat utk dijadikan makwe dibandingkan dgn kita.
4. Sentiasa Ingin Nampak Setanding
pakwe kita kacak, tapi kita pulak tak ada la cantik sangat. jadi, setiap kali berdampingan dengannya, kita berusaha sedaya upaya utk nampak sama hebat dgnnya. kadang2 tu sampai menimbulkan tekanan emosi pulak sebab sentiasa nak jaga penampilan diri sendiri bila di sampingnya, tak nak org kata "pakwe hensem, awek selekeh".
5. Rasa Sangsi
perasaan kita selalu tak tenteram mengenangkan pakwe lebih2 lagi bila setiap kali dia tak ada depan mata. walaupun dia mmg setia dan tak pernah curang, tapi rasa sangsi dan cemburu tu tetap ada. ye la, takut dia beralih arah, jadinya, kita pun cemburu buta atau 'queen control'. kalau boleh apa saja aktiviti atau destinasi yg dituju mesti nak tau.
kalau boleh 24 jam sehari, 7 hari seminggu nak ada sebelah dia
.

6. Sindiran
"eh, tak padan langsung", mesti ada yg jeles dan menyindir, kata kita tak sepadan dgn pakwe kita sendiri. kita pun sakit hati, jadinya, bergaduh la tiap2 hari... bila pakwe kita punya pujukan nak meredakan marah kita tapi kita dengar mcm nak sebelahkan org yg menyindir tu...
p/s :so camne... yang solo tu..still nak carik balak hensem je ke? yg ada balak hensem tu... share laa pendapat korang ye, happy ke..tensen ke... hehe

kesimpulannya... dont judge a book by its cover... cantik di luar tak semestinya cantik jugak di dalam. yg penting hati mau baik beb!!

Note: ..Yang penting hati dan budi. Tapi yang paling utama... IMANnya, boleh jadi pembimbing kan girls "


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction